Phewww!!! Now that I’ve got THAT out of the way, lets get on with the nitty-gritty bits. Intonasi and feel SRH ni masih all over the place but considering dia baru jer belaja BM and his modus operandi were memorize then project rather than memorize AND comprehend, he’s very good at it. Datin Tiara, excellent in all angles whether it was emoting, expressing, singing or projecting… even her overall posture and makeup was flawless. Granted I sat 100 metres away and 50 metres up there, little imaginations here and there helped fill in the blanks. There were several moments that really got to me, the way it always did when I became so overwhelmed with some things. They are:
Scene Puteri lari-lari sekeliling Majapahit sambil di kejar dek Kanda Tuah nya sampai la depa kat atas gunung (at this point I assumed its gunung kat Majapahit, bukan gunung Ledang). Only those ‘up there’ like me can see this clearly, terasa macam nak gelak pun ye. Tuah dan Puteri dengan beraninya mendaki puncak gunung buatan ittew dan dalam hati aku kata, gunung nii lah the star of the show… ahakss!!! At that defining moment when two hearts are about to blossom triggered by Hang Tuah saying ‘Hamba lihat sebuah keindahan yang tidak ada di Melaka’ (wah! Buat dialog sendiri ni yeewww!), my own heart ikut dug-dug-dug giteww. Teruih berair mata sebab Gusti Puteri finally found her true love. Sang Laksamana masih act cool menyemburkan kata-kata manis seorang lelaki Melayu.
Ravishing in red and I do mean BOTH of them!!
Scene Laksamana kat pelabuhan Melaka, belting out his first solo. Meremang bulu roma aku tatkala sang pendekar gagah perkasa mengekspresikan kerinduannya kepada sang puteri. Waktu ni, hilang dah act cool dan macho dia, dah kekasih jauh di mata baru nak kata rindu, waktu si dia depan mata ko buat dia menduga-duga akan perasaanmu padanya, awat tak habaq kat dia awai-awai? Sebab hang tak faham kecek Melayu ke? Huhuhuhu…!!! Time ni aku dah konpom dan dengan konfiden nya declare suara Hang Tuah ni lebih umpph dan lemak berkrim daripada suara Bintang Paling Popular 2005!!!
Scene Laksamana frust sebab tak tau nak pilih sang puteri atau perintah Sultan. Antara cinta atau setia.. cinta pada sang kekasih atau kesetiaan pada seorang Raja berdaulat? And truth be told, Sang pencinta yang satu ni baru boleh emote lebih feel when he sings… the last note I dare say was SUPERBB!!!! In fact, his singing buat airmata aku meleleh keluaq tak tercontrol lagi… binawe punya kawan kat sebelah dok gelakkan aku, berdosa tau gelakkan akak yang lebih umo dari ko ni (tak rela mengaku kertu!!). Time ni aku dah bisik kat fanatik ni, ‘Jom buat Stephen-Rahman Hughes FC!!’
Horray, horray... responding to a standing ovation
‘Katakan Hadirmu Kerana Cinta’ is perhaps the most moving song of the whole production. Lirik lagu ni, walaupun ada kureng sikit ‘kepuitisan’nya, tapi it was spot on to help express kekecewaan hati sang puteri.
Tidak ku percaya, apa yang ku dengar
Dari dia kekasihku, yang didakapanku
Butakah hatimu, menatap hatiku
Yang membawa ku kemari, menagih cintamu
Pandanglah ku, dan ingati semula sumpahanmu
Yang kita akan abadi, sehidup semati
Katakanlah kepadaku
Bahawa hadirmu semata-mata cinta
Jangan ucapkan yang dikau harus berkorban
Hingga aku sanggup kau tinggalkan
Bukalah hatimu, merasa hatiku
Dan mengaku kau dan aku, kan menjadi satu
Kejamlah dirimu, andai membunuhku
Dengan kata-kata, yang bukan dari hatimu
Sebutkanlah semula, sumphamu sendiri
Disinilah akhir kita, yang kekal abadi
Ohh!! Sampai hati kau Tuah!!! Setelah dinda HINAkan diri dinda menyusul kanda ke bumi Melaka, melepaskan gelar, harta, keluarga dan darjat demi mengejar sebuah cinta yang kanda janjikan. Akhirnya, janji dimeteri tak kau kota malah merela dinda di tangan Mahmud Melaka!!
Oohhh.. kuciwanya!!! Aiseymaann… waktu Puteri nyanyi lagu ni ayoq mataku tak henti bercucuran, esakan jelas kedengaran dan sekali lagi member sebelah dok ketawakan aku lagi!!

Ohhh donia… kerana kau Tuah, Retno Dumilah puteri Majapahit yang seharusnya lemah-lembut dan baik budi pekerti, dengan amarah yang tak terhingga menjelaskan syarat-syaratnya dan teruih kata hi hi bye bye padamu Tuah!! Haaaa… merasalah kau bagaimana sakitnya di tinggal seorang Puteri seumpama Puteri Gunung Ledang… haa… baru lah tuan hamba nak menyesal teruih nyanyi ‘Kau biarkan aku sendiri menderita siksa, racun hidupku Dumilaah, kau biarkan aku sendiri meratapi nasib, racun hidupku Dumilaahhh’!!! phhuuuhhh…. Kalah Mawi yeeww!!!
Phhuuuuhhh!!! Dah… those are my favorite scenes .. banyak lagi yang best, tapi tu yang lebih memorable bagi aku. In conclusion, if they ever decide to stage this musical again, I will be the first to grab the tickets (upgrade front row lagi!). So Datin Seri Tiara Jacquelina, please name the time and place and I will be there..!!!
The duo after the performance - Steve, rambut betul ke tu?

Datin, tebalnya mekap?
No comments:
Post a Comment